[RAMAI PENDERMA PAHALA DI INTERNET]
.
Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet. Ini samada dengan cara menuduh orang ataupun memaki dan mencerca orang lain. Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik keyboard mereka. Setelah sekian tempoh, mereka mungkin lupa apa yang mereka lakukan tetapi Allah tidak lupa.
.
Mereka mungkin merasa padan muka orang yang dimaki ataupun dicerca itu. Padahal hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'. Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak.
Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa. Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam pernah bertanya para sahabat baginda :
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”
(Riwayat Muslim)
Anda bergembira di dunia kerana melihat orang yang difitnah seng sama tetapi anda akan sengsara di akhirat sedangkan orang yang anda fitnah itu bergembira di akhirat. Terasa mahu ‘mendermakan’ lagi pahala anda kepada orang lain?
Amalan kita tidak banyak kenapa ‘derma’ lagi pahala buat orang lain.